Ust Nasaruddin dah kena ‘kick-off’!

Bukan perkara mudah bila PAS sudah mengisytiharkan jihad untuk memerangi UMNO seperti musuh dalam Islam sendiri. Jika ada dikalangan mereka yang suka-suka hati untuk menjalin kerjasama dengan UMNO,maka terang-terangkan mereka akan dipersoalkan semula baik pemimpin mereka atau dikalangan ahli PAS sendiri.

Bergitu juga dalam kes Ust Nasaruddin Mat Isa yang dilihat sebagai tokoh PAS yang dikatakan Pro-UMNO kerana idea beliau untuk membawa perpaduan dengan UMNO telah di ‘kick-off’ oleh perwakilan setelah tewas dalam pertandingan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke -57 hari ini.

Lawan beliau pada kali ini,adalah calon yang bukan dari golongan ulama pas tetapi lebih kepada golongan ‘free thinker’ yang sudah mula menjadi sandaran dikalangan ahli pas yang mahukan pas berubah kepada kebebasan bukan hanya menumpukan kepada perjuangan Islam sahaja semata-mata. Muhammad Sabu telah memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini yang sudah pasti suara perwakilan sudah berubah dan mengharapkan sesuatu baik dan luar biasa yang Mat Sabu kena lakukan dalam kepimpinan mereka.

Kekalahan Ust Nasaruddin ,bermakna juga pintu kepada perpaduan seperti yang diharapkan sudah tertutup rapat. Mat Sabu merupakan orang pertama yang menentang Ust Nasa kerana menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Mat Sabu cuba membawa perubahan yang besar dalam PAS bermula episod beliau sebagai Timbalan Presiden PAS,sesiapa sahaja yang tidak belaga angin dengan beliau bersiap sedialah dirempuhnya. Budaya memaki hamun dan kata-kata kesat akan bermula subur semula kerana Mat Sabu cukup suka pembudayaan begitu.

TAHNIAH MAT SABU!! atas kemenangan penuh strategi keatas Ust Nasa dan Tuan Ibhrahim sebagai ‘kick-off’ pusingan pertama ini. Era Mat Sabu sudah bermula.!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s