Jangan terlalu risau isu harga minyak, Kerajaan sentiasa ambil kira bebanan rakyat

Jangan panik, jangan risau. Itulah kata-kata Menteri yang bertanggungjawab :

BUTTERWORTH, 22 Mei Kerajaan akan mengambil kira dan memperincikan bebanan lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sebelum memutuskan untuk menaikkan minyak atau harga barang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu terlalu risau dengan isu kenaikan harga petrol dan barangan lain berikutan langkah kerajaan menyemak semula harga barangan setiap enam bulan.

“Selepas semakan dilakukan kemungkinan harga tidak naik itu ada tetapi untuk diturunkan mungkin tidak,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dan mengambil kira semua faktor.

Isu kenaikan harga barangan khususnya petrol menjadi bualan sejak kebelakangan ini apabila kerajaan mengumumkan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, pada 2 April lepas naik 20 sen kepada RM2.90 seliter manakala kali terakhir harga RON95 dinaikkan adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

“Satu ketika dahulu telah ditetapkan sekiranya harga petrol naik melebihi 30 sen maka tiada lagi subsidi, ia akan ditanggung oleh rakyat, tetapi kerajaan masih tidak laksanakan kerana jika dilaksanakan rakyat lebih tertekan,” katanya.

Oleh itu, tegasnya rakyat perlu faham hakikat mengenai fenomena kenaikan harga petrol atau barangan kerana setiap sesuatu itu tidak akan kekal sepanjang masa dan akan mengalami perubahan.

“Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, namun disebabkan kenaikan harga petroleum dunia meningkat hingga mencecah AS$100 setong minyak mentah, tanggungan mencecah RM18 bilion.

“Jika difikirkan, mengapa perlu kita (kerajaan) menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang terbabit boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan,” katanya.

IBM : Bukan nak kritik, bukan nak kondem, tapi ada asasnya. Rintihan rakyat perlu didengar. Jangan sampai membebakan rakyat. Kerajaan mesti ingat, PRU ke-13 tak lama lagi. Jangan sampai rakyat menghukum Kerajaan BN dan kita hilang kuasa dik kerana RON95 ini. Fikir-fikirkanlah……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s