Gula: Permainan Robert Kuok?

11 Mei 2011 – Isu kenaikan gula sangat hangat di perkatakan!! Benar, ada yang bersuara, kenaikan hanya melibatkan kenaikan 20 sen sekilogram bukannya RM 1 pun! Ini adalah suara mereka yang tidak peka kepada kesan bahana kenaikan harga gula 20 sen kepada rakyat Malaysia. Kenaikan kali keempat bermula tahun lepas nampaknya ada yang tidak kena, secara logik kerajaan nampaknya sangat tidak prihatin dengan rakyat yang memerlukan gula untuk hidangan didalam makanan dan minuman, untuk perniagaan dan juga perubatan serta sebagainya.

Kenaikan harga gula membuat jutawan yang di gelar ‘Raja Gula Malaysia’ iaitu Tan Sri Robert Kuok tersenyum lebar. Persoalanya ? Adakah punca kerajaan menaikkan harga gula ada kaitan dengan ‘demand’ dari raja gula ini ? Cubaan bermain wayang beliau nampaknya sentiasa berjaya. Penulis tertanya-tanya kenapa setiap kali ada kenaikan harga gula kerajaan di hentam teruk. Kenapa tidak dihalalkan kesalahan itu kepada jutawan Robert Kuok ini yang sudah pasti berkuasa dalam menentukan harga gula semasa? Adakah mungkin  ini satu muslihat Robert Kuok atau ini cerita yang direka! Kesan dari kenaikan ini mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Sedikit info siapa Robert Kuok yang dikatakan “Raja Gula Malaysia” . Beliau merupakan orang yang menghuni tangga pertama senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM 32 Billion. Penglibatan awal Robert Kuok adalah pada 1 April 1949 bermula dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn Bhd yang mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya Keng Kang. Bapa beliau menjalankan perniagaan jual beli keperluan asas dengan izin Sultan Johor dengan membekalkan keperluan tersebut untuk 50,000 tahanan Perang Jepun kepada kerajaan British.

Selepas kemerdekaan Malaysia, beliau mengasaskan Malaysia Sugar manufacturing Company pada dan mula menjalankan perniagaan secara besar-besaran. Enam tahun selepas itu, beliau menubuhkan pula syarikat penapisan gula yang pertama di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing. Syarikat ini mendapat perlbagai kemudahan dan status monopoli dari pihak kerajaan Malaysia. Lihatlah betapa berkuasanya Robert Kuok ini? Beliau juga telah membuka banyak ladang tebu di Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi keperluan permintaan seterusnya meningkatkan reputasi beliau sebagai pengilang gula terbesar di Dunia.

Rasa-rasanyalah, adakah langkah kerajaan menaikkan harga gula ada kaitan dengan ugutan beliau kepada kerajaan untuk bertindak menaikkan harga gula semasa? Rasanya kebenaran itu ada kerana dengan kuasa yang dimilikinya tidak heranlah beliau boleh berbuat sesuka hati. Kerajaan sememangnya memperkenalkan harga syiling bagi barang kawalan termasuk gula di bawah AKTA KAWALAN BEKALAN 1972 dan AKTA KAWALAN HARGA 1946 namun jika kuasa bekalan itu di monopoli oleh pengeluar tunggal negara maka kerajaan sendiri tidak dapat mengawalnya lagi.

Pertimbangan kerajaan berkenaan kenaikan harga gula tidak boleh dibuat sewenangnya kerana bekalan gula negara hanya di pegang oleh syarikat Robert Kuok sahaja. Dengan kuasa pembekalan bekalan gula negara sudah pasti kerajaan akan tunduk dengan desakkan supaya menaikkan harga gula sedangkan ini tiada kaitan atau sabit langsung dengan kenaikan harga gula sedunia.

Adakah ini strategi Robert Kuok dan adakah ia dilihat berjaya kerana bila beliau mahu harga gula dinaikkan kerajaan terpaksa mempertimbangkan permintaan harga yang beliau minta, sekiranya kerajaan berkeras tidak mahu memenuhi tuntutan yang di minta maka bekalan gula tidak di bekalkan langsung , ini lagi menambahkan kesulitan kepada pengguna gula jika bekalan gula susah diperolehi di pasaran. Bila keadaan ini terjadi maka kerajaan tersepit antara menaikkan harga gula atau berdepan dengan masalah bekalan gula pula.

Robert kuok adalah seorang ahli perniagaan yang mahukan keuntungan sahaja ? Susah senang rakyat mana ada sikap hendak ambil peduli. Kerajaan kena tegas kerana jika berlaku sebarang kenaikan harga makanan sudah pasti rakyat akan menghalakan kesalahan di bahu kerajaan. Tindakan tegas dikenakan kepada sesiapa yang cuba mengambil kesempatan keatas barang kawalan dan keperluan negara yang utama seperti gula ini harus dititik beratkan. Jika ada sesiapa yang sewenangnya cuba membuat ugutan sebegini termasuk orang terkaya di Malaysia Robert Kuok-ambil tindakan menarik semula lesen mengilang dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s