LUAHAN SEORANG PEMUDA PBB PERIHATIN..

LUAHAN SEORANG PEMUDA PBB KIDURONG?DENGARKAN LAH…….(RENUNG2KANLAH…)

Selepas pilihanraya kita seakan di buai oleh kemenangan kita. Tak dapat di sangkal bahawa PBB berjaya menakluki 35 kerusi yang di pertandingkan kerana rakyat menyedari tidak ada parti yang memperjuangkan kaum bumiputra melayu selain dari Pbb. Mungkin dalam 5 tahun lagi kita akan menang seperti ini lagi kerana kita mempunyai undi yang setia. Kita mempunyai undi dari golongan 5o tahun ke atas. Ini kita gelarkan pengundi Tua. Tetapi adakah kita mempunyai pelapis dari pengundi muda.
Pilihan raya kali ini seakan menyedarkan kita dari mimpi bila kita mengkajikan statik pengundi kita. Pengundi muda dari golongan bumiputra seakan tidur. Kerana yakin BN akan menang. Maka ke ingin mendaftar sebagai pengundi tak terlintas. Ini kita kaji bila kita mendaftar pengundi. Malah ada golongan ahli Pbb sendiri yang belum mendaftar sebagai pengundi dan menjadi ahli saja. Kenapa berlaku perkara ini. Pertama malu untuk mengakui yang mereka pernah mengundi. Kedua yakin kita akan menang. Ini belum di tolak dengan ahli yang keluar dan menyokong pembangkang dan ahli yang di atas pagar. Lupakan masalah itu seketika…….
Dap sentiasa bergerak mendaftar pengundi muda mereka. Kerja mereka mudah saja pertama melakukan provekasi kepada pengundi muda. Menanam kebencian, mengatakan mengundi mereka adalah untuk check dan balance. Darah muda senang saja untuk mempengaruhi mereka. Tetapi bagi yang memerintah pula agak sukar untuk mendekati mereka kerana kita ingin menceritakan kemajuan yang telah di cipta untuk kerajaan. Kenapa kita tak dapat mendekati golongan muda ini. Jawapannya adalah mudah sekali ini semua di sebabkan parti kita sendiri yang tak mendekati mereka . kenapa saya mengatakan sedemikian? Fikirkanlah apa yang kita lakukan.
Saya sendiri bertanya apa tujuan sayap pemuda di tubuhkan. Adakah untuk menyukupkan syarat untuk jadi seperti parti lainnya mesti ada golongan muda di sana? Jika jawapannya ya. Adakah kita melaksanakan sesuatu untuk mengalakkan golongan muda menjadi ahli kita. Semasa perhimpunan pemuda yang lalu perkara ini pernah di sebut oleh saudara saufri abdillah. Tentang kor pemuda(belia). Tetapi dimana hasilnya? Apa yang kita katakan adakah pernah kita buat?.
Saya seringkali di bagitau bahawa kita ada melaksanakan program terbabit melalui jabatan belia. JASA dan lainnya. Pernahkah kita terfikir berkesankah? Jawapan saya adalah tidak kerana sering golongan muda bertanya kenapa pemuda PBB tak ada program untuk mendekati kami. Kita tak ada program langsung ke arah itu. Belia memikirkan yang menjalankan program itu adalah belia bukannya pbb. Mereka menganggap pbb adalah pbb .Siapa yang dapat menjawap soalan saya ini. Tidakkah memalukan bahawa UMNO membawa rakyat sarawak balik ke malaysia yang kini berada di papua. Kenapa ini semua kita tak dapat kita lakukan? Setiap kali kita hanya berkata yang penting kesetiaan kepada parti. Ini jawapan yang mudah dan di guna pakai sejak sekian lama. Tetapi adakah ketua pemuda cawangan menggunakan ini sebagai jawapan kepada ahli mereka. Fikirkanlah jika ini adalah jawapan bermakna kita membohongi diri kita sendiri. Kita tak sayang dengan parti. Kenapa saya berkata begitu. Satu masa nanti parti seakan tak relevan di peringkat cawangan. Satu masa nanti kita hanya ada lambang saja. Kerana kita tak melakukan sesuatu.kita tak mempunyai ahli dari golongan muda untuk menganti golongan tua sebagai ahli parti. Kita tak bergerak ke arah memperkasakan pemuda kita.
Tak perlulah kita membohongi diri kita bila pemuda peringkat cawangan mula mengkritik kita. Saya ingin masalah ini menjadi masalah dalaman. Kerana semasa di perhimpunan pemuda dulu saya pernah berkata jika pemuda tak bergerak jika ada yang salah saya akan tegur. Di mana silapnya. Kita tak pernah mengerakan pemuda kita ke tahap yang sepatutnya. Kita sentiasa berasa yakin akan kekuatan kita. Fikirkanlah apa yang akan berlaku 10 tahun lagi. Golongan muda mula berilmu mula pandai berfikir. Kini bukan lagi golongan seperti dulu di mana pemuda senyap saja.
Kenapa ini berlaku sebenarnya. Kita tak punya kekuatan ekonomi untuk menggerakan jentera pemuda kita. Nama kita memang gah di bumi sarawak. Kita tak bergerak seiring dengan kemajuan kita sendiri. Soalan saya berapa ramai pemuda pbb mempunyai laman blog sendiri. Mempunyai facebook mereka sendiri. Sepatutnya kita bergerak dari akar umbi untuk menguatkan parti bagaimana caranya kita melakukannya. Anjurankan kursus keusahawan untuk pemuda kita. Beri khidmat nasihat kepada mereka bagaimana mengerak ekonomi pemuda. Sistem francais ada berbagai di malaysia kini. Kenapa tak ada langsung usaha untuk mengerakan pemuda kearah itu. Kita beri kursus keusahawan kepada mereka. Ceramah motivasi untuk menaikan semangat mereka.(memang ada di laksanakan tetapi di kawasan kuching saja. Kemungkinan..) Kita tak mempunyai tarikan untuk menarik golongan muda menyertai kita. Mengharapkan kesetiaan kepada parti adalah cara lapuk, cara yang telah ketinggalan zaman.
Bolehkah sesiapa menjawap saya bagaimana pemuda mengerakkan aktiviti mereka di peringkat cawangan. bagaimanakah mereka mendapat sumber kewangan untuk melaksanakan program pertandingan bolasepak 7 sebelah. Bagaimana mereka mengerakan gotong royong. Jawapan yang mungkin saya akan dengar adalah sumber kewangan sendiri. Tahniah kepada mereka atas sumbangan tetapi bagaimana dengan pemuda yang tak mempunyai sumber kewangan. Atau ini semua tidak di lakukan jujurlah menjawab soalan ini. Maka pada pemilihan 3 tahun selepas itu ketua pemuda terbabit akan di singkirkan. Kerana tak aktif tak bergerak kenapa salahkan dia. Kenapa kita tak salahkan organisasi kita. Yang mana begitu gah pada nama tetapi tak dapat melakukan sesuatu.
Jawapan yang pasti kita dengar adalah memang di galakan untuk melaksanakan semua program ini. Tetapi di mana dan bagaimana untuk mengerakan ini semua. Hendak menanam padi. Padi tak datang sendiri. Padi mesti di beli dengan wang ringgit. Hendak memancing ikan jorannya mesti di beli dengan wang ringgit. Tetapi dari mana datangnya wang tersebut? Ini yang mesti difikirkan oleh golongan yang telah kami pilih. Kenapa kami memilih mereka untuk duduk di kerusi tertinggi jawapanya mudah saja kerana kami percaya akan kemampuan mereka untuk berfikir untuk melaksanakannya. Jangan tanya saya bagaimana caranya kerana jika saya berkata tentu jawapannya mudah saja iaitu mereka telah di beri kepercayaan untuk melaksanakan ini semua.
Apabila suara pemuda mengkritik sebegini maknanya mereka sayang dengan parti mereka. Kerana mereka pernah cuba bersuara pemuda terbabit akan di tegur oleh YB yang berada di kawasan tersebut. Maka diamlah pemuda tersebut. Salah ini semua salah. Mereka(pemuda) yang menegur adalah golongan yang ingin melihat pemuda pulih mempunyai aura sendiri mempunyai kekuatan sendiri. Pemuda mempunyai keberanian tersendiri. Adakah kita ingin melihat pemuda masih di takuk lama seperti yang telah berlaku. Tidak kita ingin melihat pemuda yang selama ini di gelar benteng utama di dalam parti kita.
Perpecahan dalam pemuda pada waktu ini adalah kerana ada golongan pemuda yang mempunyai idea baru dan pemuda yang masih mendukung idea lama. Kenapa tidak di satukan semua itu di bawah satu kepimpinan yang mendengar idea dan keluhan golongan ini. Saya sering bertanya kenapa mesyuarat oleh exco pemuda tak pernah sampai ke peringkat bawah. Seperti mempunyai agenda menyembunyikan sesuatu. Telus lah dalam semua perkara.
Saya tak akan berhenti dari mempersoalkan ini semua. Soalan saya adakah saya golongan penentang? Apabila saya memperkatakan ini semua. Jawapan adalah di tangan anda semua. Mungkin ada mengkritik saya tetapi mungkin ada yang menyokong saya dalam diam tak berani bersuara. Terima kasih tak perlu sokongan terbuka cukuplah fikirkanlah. Apakah betul atau tidak.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sanggup membaca. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s