Tindakan AS tak bertamadun kata Dr M

PUTRAJAYA: Tindakan Amerika Syarikat (AS) menghantar tentera bagi memburu dan membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden bukan cara terbaik untuk menguatkuasakan undang-undang, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sekiranya tentera AS mempunyai peluang untuk menangkapnya, maka mereka harus berbuat demikian bukan menyerbu dan membunuh Osama yang dilaporkan tidak bersenjata pada waktu itu. Berikutan itu, Dr Mahathir yang juga presiden merangkap Pengasas Yayasan Kepemimpinan Perdana, juga menyifatkan tindakan ketenteraan AS terhadap Osama adalah tidak beradab, walaupun lelaki itu dikatakan suspek pengganas paling dikehendaki.

“Tindakan AS menghantar satu pasukan tentera untuk membunuh orang (Osama) bukan cara untuk menguatkuasakan undang-undang. Masuk ke tempat itu dengan dia (Osama) tanpa sebarang senjata. Kemudian, meletakkannya (mengebumikan) ke dalam laut, itu tindakan yang tidak bertamadun,” katanya pada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan esei ‘Nurturing The Minds Of Future Leader’ anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan MPH Bookstore Sdn Bhd.

Hadir sama, isterinya yang juga Canselor Universiti Multimedia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, perbuatan AS itu boleh mengundang kemarahan dan tindakan ganas daripada orang yang tidak bersetuju dengan operasi ketenteraan terhadap Osama.

“Ini bukan cara untuk mengekang keganasan. Malah, hal ini boleh mengakibatkan lebih banyak orang menjadi marah dan boleh mengakibatkan bertindak lebih keras.

“Walaupun dia (Osama) dibunuh, hasilnya mungkin menyebabkan ramai orang akan marah dan mengakibatkan lebih banyak tindakan ganas dilakukan,” katanya.

source:berita harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s