DISEBALIK KEMATIAN OSAMA LADEN

Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.

Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai ‘alat’ CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

“Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh,” tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata “carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati”, “Osama bin Laden masih hidup” dan “bin Laden tidak mati” kelihatan ketara kelmarin.

Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori “konspirasi Osama hidup” kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.

Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: “(Berita) kematian Osama satu pembohongan.”

Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut “misteri (kematian) makin meningkat.”

Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.

Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati “adalah terlalu awal” dan AS belum menyediakan “bukti-bukti yang meyakinkan.”

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: ”Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?”

Di lokasi “Ground Zero” New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.

“Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?’ kata pengurus projek Sal Leto, 59.

Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: “Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu.”

Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia “tidak gembira” dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat.” — Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s