SEKADAR RENUNGAN

Terdapat 7 cerapan yang wajar dinukilkan:

a) Amatlah tidak wajar menyuruh PST berhenti kerana hanya kehilangan beberapa buah kerusi lagi sedangkan masih mampu mengekalkan lebih tiga suku kerusi di bawah BN dalam DUN Sarawak. Jika dengan kemenangan sebesar itu PST disuruh berhenti maka MB Kedah, Pulau Pinang dan Selangor lebih wajar ditarik turun. Dan jangan lupa, Nick Aziz sepatutnya melompat turun pada tahun 2004 lagi.

Pada masa yang sama, LKS juga wajar diingatkan kerana beliau mengidap selective amnesia. Beliau tidak berhenti bila Projek Tanjung I & IInya gagal. Malah dia dinaikkan pangkat ke jawatan Penasihat dan memastikan anaknya menjadi SUA – nepotisma ditahap yang paling tinggi kerana menantu juga diberi peluang bertanding di DUN Melaka selama beberapa penggal!

b) Juga tidak wajar mereka itu mendesak PST berhenti atas faktor dah lama pegang jawatan KM dan dah lanjut umur kerana mereka itu sendiri perlu mencermin diri sendiri. Misalnya Nick Aziz, 80 tahun, nampak jauh lebih tua dari umurnya (jika banding Tun M – hampir 86 tahun), agak nyanyuk dan sering sakit (PST masih tegap!) tetapi masih mahu berpaut kepada kuasa (sudah 21 tahun jadi MB dan lebih 40 tahun dalam politik) – seorang ‘ulamak’ yang tamak?

LKS (70 tahun) dan KS juga sudah tua (71 tahun) dan kira-kira 40 tahun memegang jawatan dalam parti dan menjadi ADUN/MP. Kenapa tak suruh diri sendiri berhenti? ‘Dictator’ Mahathir telah lama berhenti secara suka rela– indeed he is the only ‘dictator’ in the globe to have resigned voluntarily! Can LKS and Nick Aziz name anyone else?

c) Seterusnya adalah tidak manis seorang pemimpin dalam BN secara terbuka meyuruh atau mengajar rakan BN yang lain agar jangan menerima jawatan dalam kerajaan sedangkan partinya sendiri tidak berbuat demikian setelah kalah teruk dalam PRU 2008 yang lalu. Partinya telah ditolak oleh masyarakat Cina bukan saja pada tahun 2008, malah pada tahun 1969 lagi. Sebagai bukti tambahan, parti tersebut ditolak di semua kawasan pilihanraya di mana pengundi Cina adalah seramai 65% dan ke atas. Wakil-wakilnya hanya menang di kawasan Melayu atau mixed areas kerana bantuan pengundi Melayu seperti di Alor Gajah, Ayer Hitam dan Bemban.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Tun RAzak pada tahun 1969 di mana wakil MCA tetap dibawa masuk ke dalam kerajaan, PST telahpun memberikan komitmen yang sama. Beliau sedar bahawa 55% undi yang diperoleh oleh BN itu tentulah termasuk undi kaum Cina juga; bukan semata-mata undi kaum Bumiputera. Dalam pada itu, perlu diakui bahawa sesungguhnya majoriti kaum Cinalah yang telah membuat keputusan menolak berada dalam kerajaan BN. Mereka tidak mahu mendengar nasihat dan kebimbangan PST tentang kehilang suara mereka dalam kerajaan.

d) Seterunya LKS dan LGE hendaklah belajar dari generosity dan magnanimity para pemimpin BN, khususnya UMNO. Di Melaka, misalnya, hanya terdapat seorang wakil MIC dalam DUN Melaka. Namun YB dari MIC ini telah dilantik sebagai seorang ahli EXCO sejak zaman berzaman. Begitu juga pada tahun 2004 di mana terdapat hanya seorang wakil GERAKAN dalam DUN Melaka. YB tersebut juga telah dilantik sebagai seorang ahli EXCO. LGE ada beri apa jawatan EXCO pada itu ADUN PAS?

e) Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh DSN dengan ikhlas dan gigih untuk menarik pelbagai kaum kepangkuan BN. Bangsa Melayu dan kaum India, termasuk golongan muda, nampaknya telah kembali sepertimana yang terbukti di Merlimau. Tetapi kaum Cina nampaknya terus menunjukkan kedegilannya. Kedegilan ini nampaknya telah menimbulkan keresahan di sanubari orang Melayu pula.

Punca timbulnya keresahan itu ialah kerana banyak telah dicurahkan oleh kerajaan BN kepada kaum itu (Cina) sehinnga mereka (Melayu) terasa hak mereka semakin terhakis namun kaum Cina tetap tidak menyokong BN. Walaupun sokongan kepada mana-mana parti politik adalah hak masing-masing namun kaum Cina harus juga ingat bahawa sikap mereka itu boleh menyebabkan DSN, akhirnya, termakan akan pandangan / ingatan bangsa Melayu, seperti yang terangkum dalam pantun ini:

Anak belajar di Sri Mendapat,
Buah kedondong di persisiran,
Yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong berciciran.

Dijangka kesannya kurang baik iaitu sepertimana yang dibimbangkan ioleh PST dan Tun M.

f) Parti pembangkang hendaklah memberhentikan kempen kotor, putar belit, memfitnah dan pembunuhan watak (character assassination) dan ikutlah jejak kempen BN yang bersih dan mengutamakan pembangunan, perpaduan serta kesejahteraan rakyat.

g) Difahamkan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak (KNS) telah dinilai oleh badan-badan antarabangsa dan diberikan multiple A’s ratings selama beberapa tahun berturut-turut. Ratings tersebut membuktikan secara bebas atau independent bahawa sesungguhnya KNS adalah bersih dan mengamalkan good governance. YB Sen Datuk Idris Buang, seorang peguam, amat yakin akan kerbersihan PST dan KNS. Bacalah ucapan beliau dalam hansard bertarikh 21 April 2011.

Sekiranya tidak yakin dan terdapat bukti kukuh bahawa PST adalah seorang yang korup dan KSN pula adalah sebuah kerajaan yang lemah, banyak melakukan penyelewengan dan ketirisan maka apa tunggu lagi, ayuh, laporkanlah kepada SPRM. Itulah yang terbaik dan berpandukan undang-undang; bukannya menabur fitnah.

Saya tidak setuju jika keluarga para pemimpin menggunakan kesempatan kerusi yang didudukinya untuk merompak harta negeri/negara. Juga tidaklah wajar menyekat keluarga berkenaan untuk mencari rezeki yang halal mengikut kemampuan sendiri, sama seperti orang lain, hanya kerana saudara mara mereka adalah orang yang berkuasa di negeri atau di pusat. Adakah wajar menafikan anak menantu Nick Aziz, LGE dan KI mencari rezeki yang halal di bumi sendiri?

12. Kini sama-samalah kita bersedia menghadapi PRU ke-13 nanti dengan memaksimakan kemenangan PRN Sarawak itu. Bagi bangsa Melayu, sukalah diingatkan akan beberapa rencana saya yang berkaitan, khasnya yang ini. Kaum Cina pula harus memberi perhatian kepada potensi polarisasi kaum dalam kerajaan yang dijangka tidak sihat untuk negara kita. Walau apapun, hak demokratik masing-masing hendaklah terus dihormati. Dan sama-samalah kita gunakan hak itu dengan penuh tanggungjawab kepada negara demi kesejahteraan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s