Sejarah akan Berulang?

Tsunami politik pada tahun 2008 telah mengejutkan bukan sahaja rakyat, tetapi ahli ahli politik yang duduk selesa tidak merasai bahawa jawatan dan kedudukanmereka dapat di gugat pada bila bila masa terdekat.

Kalau rakyat masih ingat, sebelum tahun 2008, kebanyakan daripada pemimpin BN tidak kisah kepada rintihan rakyat, dan buat pekak dan buta kepada sekeliling mereka yang sudah parah sebelum 2008 lagi. Dengan kenaikan minyak kepada RM2.70, kenaikan harga tol, kenaikan harga barang runcit, dan pemimpin BN hanya memberitahu rakyat untuk sabar dan telan apa yang di rancang oleh pemimpin pemimpin ini tanpa bertanya atau bangkang. Ini yang telah membawa tsunami 2008. Ini yang pasti akan berlaku lagi kerana sekarang bukan sahaja pemimpin BN yang bermasalah tetapi setiap bahagian di kawasan yang kalah sudah parah tidak ada dana atau modal untuk teruskan dengan program di kawasan masing masing. Yang ada, keadaan sudah kritikal dan mereka tidak mampu teruskan, akhirnya kekecewaan akan bawa kepada mereka mengundi untuk Pakatan Pembangkang.

Di mana silap nya ? Presiden BN sudah banyak kali turun ke kawasan kritikal, tetapi sejurus dia keluar dari kawasan, bermula pertengkaran dan perbalahan di antara mereka di setiap kawasan untuk siapa akan dapat modal atau dana daripada Presiden dan siapa akan jadi “penjaga” kepada nya. Ini bukan masalah UMNO sahaja, tetapi semua komponen dalam BN. Adakah Presiden BN sakit kepala sebelum dia hendak turun kepada mana mana kawasan kalah ? Adakah mereka yang berada di kawasan kalah, tidak malu kerana sudah KALAH, dan menyalahkan kepimpinan untuk kekalahan mereka. Kalau begitu, bagaimana BN masih boleh mentadbir ? Kalau nasihat di beri kepada mereka pun, tidak guna kerana mereka tidak akan dengar lagi. Keadaan sudah kritikal, BN akan tumbang pada PRU nanti kalau masalah ini tidak di selesaikan dengan secepat mungkin dengan arahan dari atas. Pengerusi Perhubungan Negeri Negeri yang Kalah nampak tidak ada kuasa juga jadi arahan itu kena datang daripada Presiden BN.

Pakatan Pembangkang sudah siap sedia untuk menghadapi PRU nanti dengan hanya perlawanan untuk kerusi Parlimen di Negeri negeri Pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor. Tidak ada maklumat lagi kalau Kerajaan PAS di Kedah akan ikut seruhan kepimpinan YAB Lim Guan Eng dan YAB Khalid Ibrahim. Kerajaan PAS di Kelantan sebelum ini selalu mengikut PRU Pusat dalam DUN dan Parlimen. Ini tidak mustahil kerana tidak ada peruntukan untuk Perdana Menteri paksa Kerajaan Negeri bubarkan DUN untuk mengadakan Pilihanraya UMUM. Pakatan sudah menerima bahawa pada tahun 2008, strategi mereka salah, iaitu melancarkan kempen untuk menang di negeri yang telah bawa mereka untuk kalah di Pusat. Sekarang dengan pertukaran strategi, pencaturan untuk setiap kerusi Parlimen khususnya di Sabah dan Sarawak, mereka akan lancarkan jentera pilihanraya untuk tawan Putrajaya.

Pakatan Pembangkang hanya ada peluang ini sahaja pada PRU ke 13. Selepas ini pemimpin pemimpin mereka akan terlalu tua dan nyanyuk untuk meneruskan perjuangan mereka, dan pelapis akan hilang otai mereka yang pandai bersilat dengan pemimpin BN. Dalam Bahasa Inggeris mereka panggil “DO OR DIE”. Ini ada lah peluang terakhir mereka untuk menang.

Adakah BN akan beri kemenangan dengan senang kepada Pakatan Pembangkang pada PRU-13 nanti ? Adakah tsunami 2008 akan berulang lagi ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s