PANAS!! PAS MENYOKONG INDIVIDU YANG ANTI ISLAM!!

Siapa si Ambiga tonggok yang mahu menganjukan Bersih ni. Bersih sangatkah dia? Hinggakan Pas menganggap dia sebagai tokoh hebat!

Ambiga Sreevenasan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam dan Ambiga terkenal dengan fahaman pluralisme di Malaysia. Dia ni pernah mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah dalam Artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy. Ambiga juga Penggerak dan Pendokong Interfaith Commission (IFC) iaitu badan yang memperjuangkan penghapusan keistimewaan ISLAM dan MELAYU di bumi Malaysia. Ambiga dan Majlis Peguam mempunyai agenda tersendiri dimana agenda mereka sangat jelas iaitu benci pada ISLAM. Mereka sangat benci kepada pemerintahan yang hendak mempertahankan agama ISLAM.

Kafir laknattulah ini jelas menolak Islam dan anti kepada bumiputra, namun disebabkan dia ni menentang kerajaan BN, ia disanjung oleh orang Islam yang mahu menumbangkan kerajaan. Apa yang aku pelik ialah, apakah Melayu Islam didalam Pas dan Pkr sedar bahawa dia ini hanya mengunakan melayu untuk kerja jahatnya. Aku percaya, hampir 90% dari penyokong Bersih yang berkumpul nanti adalah orang Melayu.

Lihatlah betapa bodohnya melayu pas sekarang. Menyokong individu yang mereka sendiri tidak kenal dan tidak tahu apa motifnya. Sedangkan seperti yang kita tahu, Ambiga ini terang-terang menentang Islam didalam hidupnya. Ambiga ini juga merupakan rakan baik dengan Anwar Ibrahim, dan aku percaya semua perancangan ini adalah pelan Anwar untuk membuat rusuhan secara besar-besaran seperti di Mesir. Itulah yang dia idamkan selama ini.

Tuntutan kepada SPR hanyalah satu alasan untuk memulakan rusuhan. Hakikat sebenar ialah, mereka mahu menumbangkan kerajaan Malaysia yang menyokong dasar Islam dan Melayu. Malah hajat mereka disokong pula oleh melayu yang lainnya.

Situasi Pas kini amat menyedihkan kerana mereka menyanjung orang yang anti Islam dan diangkat sebagai pemimpin. Mereka menyokong seorang manusia yang memurtadkan Melayu Islam kepada Kristian. Di manakah perjuangan Islam Pas?

Apakah Islam Pas sudah hilang atau pupus semasa bersahabat dengan Anwar dan Dap? Memang benar bagai dikata, Islam Pas hanyalah barang dagangan untuk menarik sokongan, apabila ia sudah tidak laku dijual, ia akan dibuang dan digantikan dengan yang lain.

Kiranya selama Pas wujud di muka bumi Malaysia, Pas sememangnya hanya mengunakan Islam untuk menarik sokongan rakyat kepada partinya.

Pas sekarang benar-benar berubah, selepas mengugurkan Islam sebagai matlamat utama parti, Pas mengugurkan pula kepimpinan Ulamanya, kini Pas bersahabat dengan orang yang anti Islam dan Melayu.

Apakah ini dasar Pas yang sebenarnya?…

Pas patut tukar nama, buang parti Islam, letak nama Parti Syaitan lagi baguss..

Ust Nasaruddin dah kena ‘kick-off’!

Bukan perkara mudah bila PAS sudah mengisytiharkan jihad untuk memerangi UMNO seperti musuh dalam Islam sendiri. Jika ada dikalangan mereka yang suka-suka hati untuk menjalin kerjasama dengan UMNO,maka terang-terangkan mereka akan dipersoalkan semula baik pemimpin mereka atau dikalangan ahli PAS sendiri.

Bergitu juga dalam kes Ust Nasaruddin Mat Isa yang dilihat sebagai tokoh PAS yang dikatakan Pro-UMNO kerana idea beliau untuk membawa perpaduan dengan UMNO telah di ‘kick-off’ oleh perwakilan setelah tewas dalam pertandingan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke -57 hari ini.

Lawan beliau pada kali ini,adalah calon yang bukan dari golongan ulama pas tetapi lebih kepada golongan ‘free thinker’ yang sudah mula menjadi sandaran dikalangan ahli pas yang mahukan pas berubah kepada kebebasan bukan hanya menumpukan kepada perjuangan Islam sahaja semata-mata. Muhammad Sabu telah memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini yang sudah pasti suara perwakilan sudah berubah dan mengharapkan sesuatu baik dan luar biasa yang Mat Sabu kena lakukan dalam kepimpinan mereka.

Kekalahan Ust Nasaruddin ,bermakna juga pintu kepada perpaduan seperti yang diharapkan sudah tertutup rapat. Mat Sabu merupakan orang pertama yang menentang Ust Nasa kerana menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Mat Sabu cuba membawa perubahan yang besar dalam PAS bermula episod beliau sebagai Timbalan Presiden PAS,sesiapa sahaja yang tidak belaga angin dengan beliau bersiap sedialah dirempuhnya. Budaya memaki hamun dan kata-kata kesat akan bermula subur semula kerana Mat Sabu cukup suka pembudayaan begitu.

TAHNIAH MAT SABU!! atas kemenangan penuh strategi keatas Ust Nasa dan Tuan Ibhrahim sebagai ‘kick-off’ pusingan pertama ini. Era Mat Sabu sudah bermula.!!!

Pen lidah biawak saja bernilai RM 11 ribu ?

lidah bercabang
Dasyat tu pen lidah biawak untuk sign saja bernilai RM 11 ribu tu … Banyaknya duit dan mewah betul ….Mana dia dapat duit ?
Mungkinkah hadiah daripada tauke-tauke pemaju rumah mewah kerana kerajaan negeri yang kita sedia maklum  sejak Pakatan memerintah banyak membenarkan pembinaan rumah mewah ratusan ribu  sehingga terus hapuskan kampung-kampung Melayu .

Ye la nak sign lulus projek jutaan ringgit mana boleh pakai pen cap ayam macam tulis harga ayam di  market …haha
Lihat video Pentas Pemuda di Jelutong  yang mana dipersoalkan oleh Ketua Pemuda UMNO PP , Sdr Shaik Hussein di min ke 2.00 …..bila ada kuasa , pen pun dah semakin mahal nampaknya….tahniah !

Jangan cuba cetus huru-hara

PBB minta MoCS batalkan niat adakan demonstrasi demi keamanan negeri

PELIHARA KEAMANAN: Wan Hamzah (empat kiri) menunjukkan laporan polis manakala ahli-ahli lain merangkumi ketua-ketua pemuda memegang kain rentang dihadapan balai polis, semalam. — Gambar Jeffrey Mostapha

KUCHING: Movement of Change Sarawak (MoCS) harus membatalkan niat mengadakan demonstrasi jalanan secara besar-besaran sekira-nya Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak meletak jawatan sehingga 13 Ogos ini kerana ia dikhuatiri menimbulkan huru-hara.

Ketua Pemuda PBB Zon Kuching, Wan Hamzah Wan Paie berkata, kenyataan Penyelaras MoCS Francis Paul Siah yang berbaur ugutan dalam blog itu boleh dianggap subversif yang menghasut rakyat untuk memberontak dan satu kesalahan besar di sisi undang-undang.

“Francis mempunyai niat untuk mengadakan demonstrasi jalanan besar-besaran ala Timur Tengah yang boleh mengancam ketenteraman awam di Sarawak.

“Walaupun beliau (Francis) menyatakan perhimpunan rakyat yang dirancangkan itu akan dijalankan secara aman damai, namun dalam perenggan terakhir kenyataannya, beliau menyatakan sekiranya terdesak, beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi memaksa Ketua Menteri berundur,” katanya.

Hadir mengiringi beliau, Timbalan Ketua Pemuda Zon Kuching Irwan Zulkarnain bersama 50 ahli pemuda lain.

Wan Hamzah yang juga merupakan ahli EXCO Pemuda PBB Negeri berkata, Francis juga perlu menarik balik ke-nyataan tersebut.

“Tujuh hari adalah masa keramat untuk beliau menarik balik artikel itu, kalau tidak maka kami akan pergi ke Kuala Lumpur dan berjumpa sendiri dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein) menuntut tindakan lebih keras diambil oleh beliau,” katanya selepas membuat laporan polis di luar Balai Polis Central di sini, semalam.

Beliau turut memberitahu bahawa ia merupakan gambaran jelas bahawa Francis berpotensi menjadikan perhimpunan itu sebagai momentum yang boleh menghuru-harakan negeri ini.

Katanya, justeru pihak polis perlu menyiasat sama ada Francis menjadi perkakas negara barat yang ingin melihat Malaysia menjadi padang jarak padang terkukur menerusi pemberontakan dan huru hara dalam negara seperti apa yang dilakukan oleh ejen negara barat di Arab.

Kerisauan Pemuda PBB itu timbul katanya, apabila Francis merancang untuk melibatkan jumlah rakyat Sarawak yang besar iaitu 200,000 orang yang tinggal di luar negeri.

Katanya lagi, perancangan besar itu sudah pasti menelan sejumlah wang yang besar dan mahu polis menyiasat sumber kewangan itu sama ada dari luar negara, khususnya negara barat.

“Tindakan Francis yang menuntut Ketua Menteri untuk meletak jawatan sebenarnya menghina proses demokrasi dan menghina suara rakyat yang jelas menyatakan pilihan mereka yang mahu Pehin Sri (Abdul Taib Mahmud) terus memimpin Sarawak,” katanya sambil menyifatkan Francis secara terang menghina perlembagaan negara.

Wan Hamzah turut memberitahu bahawa Francis perlu berhadapan dengan pemuda PBB sebelum membuka mulut berbicara mengenai Ketua Menteri kerana mereka akan menjadi benteng pertahanan kukuh bagi mempertahankan kepimpinan Taib dan kepimpinan negeri ini.

Pemuda PBB turut menyeru seluruh rakyat Sarawak memboikot dan menggagalkan perancangan jahat Francis itu atas nama kestabilan dan ketenteraman negeri yang dinikmati selama ini.

Tambahnya lagi, seluruh pemuda PBB Sarawak di setiap zon (13 buah) akan membuat laporan polis yang sama sehingga pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan MOCS yang mahu berjumpa Yang Di-Pertuan Agong untuk mengemukakan memorandum menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan terhadap Ketua Menteri, beliau memberitahu usaha sedemikian tidak dipertikaikan asalkan menerusi saluran betul.

“Kalau mereka ingin berjumpa pihak atasan atau pihak mahkamah sekalipun, itu saluran undang-undang sebetulnya asalkan bukan menimbulkan huru hara di negeri ini dan kita tidak memberi ruang langsung kepada perkara sedemikian,” katanya.

Jangan terlalu risau isu harga minyak, Kerajaan sentiasa ambil kira bebanan rakyat

Jangan panik, jangan risau. Itulah kata-kata Menteri yang bertanggungjawab :

BUTTERWORTH, 22 Mei Kerajaan akan mengambil kira dan memperincikan bebanan lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sebelum memutuskan untuk menaikkan minyak atau harga barang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu terlalu risau dengan isu kenaikan harga petrol dan barangan lain berikutan langkah kerajaan menyemak semula harga barangan setiap enam bulan.

“Selepas semakan dilakukan kemungkinan harga tidak naik itu ada tetapi untuk diturunkan mungkin tidak,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dan mengambil kira semua faktor.

Isu kenaikan harga barangan khususnya petrol menjadi bualan sejak kebelakangan ini apabila kerajaan mengumumkan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, pada 2 April lepas naik 20 sen kepada RM2.90 seliter manakala kali terakhir harga RON95 dinaikkan adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

“Satu ketika dahulu telah ditetapkan sekiranya harga petrol naik melebihi 30 sen maka tiada lagi subsidi, ia akan ditanggung oleh rakyat, tetapi kerajaan masih tidak laksanakan kerana jika dilaksanakan rakyat lebih tertekan,” katanya.

Oleh itu, tegasnya rakyat perlu faham hakikat mengenai fenomena kenaikan harga petrol atau barangan kerana setiap sesuatu itu tidak akan kekal sepanjang masa dan akan mengalami perubahan.

“Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, namun disebabkan kenaikan harga petroleum dunia meningkat hingga mencecah AS$100 setong minyak mentah, tanggungan mencecah RM18 bilion.

“Jika difikirkan, mengapa perlu kita (kerajaan) menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang terbabit boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan,” katanya.

IBM : Bukan nak kritik, bukan nak kondem, tapi ada asasnya. Rintihan rakyat perlu didengar. Jangan sampai membebakan rakyat. Kerajaan mesti ingat, PRU ke-13 tak lama lagi. Jangan sampai rakyat menghukum Kerajaan BN dan kita hilang kuasa dik kerana RON95 ini. Fikir-fikirkanlah……

Two months of dry taps as Kampung Belawai appeals for quick remedy

BELAWAI: Villagers in Kampung Belawai are crying foul over the shortage of piped water which has been affecting the daily lives of several hundred Malay-Melanaus for the past two months.

Kampung Belawai is a coastal fishing village situated about 30km from Tanjong Manis town in Mukah Division. The village is now accessible by road from Sibu via the recently completed 88km Sibu-Tanjong Manis Highway which takes about one-and-a-half hours’ drive.

Kak Usu: There is always not enough clean water to prepare food and drinks.

A tuck shop owner who only wanted to be identified as Kak Usu described the situation as acute.

“It is seriously affecting my business. Everyday, I don’t even have enough clean water to prepare food and drinks for my customers,” Kak Usu complained.

She added that the water shortage had also affected Muslims performing their daily prayers.

“It is a normal practice that before we pray, we wash our hands and feet with clean water. Now we have to use water from the well which is not hygenic enough.”

She said people in the village had been given different versions of explaination on the stortage.

“Some say it is due to pipe leakage, some say the pump is not functioning while others say water is being controlled. The villagers do not know the real reason,” she lamented.

She is worried that if the problem persists, the villagers would have a tough time celebrating Hari Raya, which is at the end of August.

Opposite Usu’s tuck shop, Anthony Wis, 58, was sitting on a stool waiting to fill up his plastic pails and basins.

Helping hand: Fasrin Yakub, 6, helping her parents to collect water for cooking.

Wis said the water pressure was very low and it took a long time just to collect enough water for cooking and drinking.

“The water can’t go up to the upper floor. It is so troublesome spending hours everyday to collect water,” he said, adding that his family had to use water from the well for washing and bathing.

He said he did not know when water would be available from the pipe so he just left the taps on the whole day.

“Sometimes it comes in the morning and sometimes in the afternoon. Most afternoons and evenings, the taps are dry,” said the retired employee of Tanjung Manis Development Sdn Bhd.

Another villager Hanif Zok, 47, told The Star the same story. He said apparently not enough effort had been made by the authorities to solve the water woes.

Trying times: Plastic containers of all sizes and shapes are used to collect water from the taps.

“During the election campaign last month, we already informed the government this problem. Until now there seems to be no solution and we are always in the dark over the actual situation,” Zok said.

He said there were many wells in the village but they were unreliable as they dry up during prolonged drought.

“To save us the trouble of spending hours collecting water everyday, we want the government to give us big water tanks to store water,” said the fisherman.

Belawai, which was part of Sarikei Division, became part of Mukah when the Mukah Division was formed on March 1, 2002. However water supply still comes under the jurisdiction of the Sarikei Public Works Department (PWD).

Efforts to find out more on the situation from Sarikei PWD were futile as several calls to the office and the divisional engineer went unanswered.

Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

TIDAK.

Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?

Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.

Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:

Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.

3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?

Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.

Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11

Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.

Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:

Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):

Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21

Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)

4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?

Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22

Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10

Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia.23

Perbandingan harga petrol sedunia yang dibuat oleh majalah The Economist pada 2008.

Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24 Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Presiden AS, Barack Obama, bersama-sama beberapa orang pemimpin negara G20. Pada November 2010, pemimpin-pemimpin G20 telah menandatangani deklarasi untuk menghentikan subsidi minyak, yang dikatakan ‘menggalakkan pembaziran’, secara berperingkat. (Gambar daripada medicalcreditfund.org)

Menurut IMF,25 subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.26 Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.27 China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit).28 Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.22

China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)

Apabila China memotong subsidi dan menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun USD5 setong.29

Nota: Penulis mengalu-alukan maklumbalas daripada pembaca untuk mengemaskini perkembangan terbaru harga petrol (Contoh: Mesir selepas peralihan kuasa).

1. Latest Pump Prices, SPC: Singapore Petroleum Company, http://www.spc.com.sg/home/home.asp

2. Retail Oil Price, Energy Policy & Planning Office, http://www.eppo.go.th/retail_prices.html

3. Retail Pump Prices – Metro Manila, DOE Portal, 14 April, 2011, http://www.doe.gov.ph/OPM/Pumpprices.htm

4. “Perkembangan Harga BBM Non-Subsidi Periode 20 April 2011,” PT.Pertamina (Persero), 20 April, 2011, http://www.pertamina.com/index.php/detail/view/news-release/8106/perkembangan-harga-bbm-non-subsidi-periode-20-april-2011

5. Retail Price (VND/LITER), Petrolimex.com.vn, http://www.petrolimex.com.vn/Desktop.aspx/Homepage/

6. “Transport & Communication,” About Brunei, http://www.bruneipress.com.bn/brunei/brunei.html

7. World Population Prospects: The 2008 Revision Population Database, United Nations Population Divisionhttp://esa.un.org/UNPP/

8. Laporan Kiraan Permulaan 2010, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127

9. Country Comparison: GDP (Purchasing Power Parity), The World Factbook, https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2001rank.html

10. World Economic Outlook Database, International Monetary Fund, April, 2010, http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/weodata/index.aspx

11. “Indonesia to withdraw from Opec,” BBC NEWS, 28 Mei, 2008, http://news.bbc.co.uk/2/hi/7423008.stm

12. International Petroleum (Oil) Production, Energy Information Administration, http://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilproduction.html

13. “Woqod raises petrol prices,” Gulf Times, 23 Januari, 2011, http://www.gulf-times.com/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=411568&version=1&template_id=57&parent_id=56

14. “New Fuel Prices Starting 16 Jan 2011: Delhi !,” Delhi Petrol Prices, http://www.delhipetrolprices.com/

15. “SOCAR head: Azerbaijan not to increase fuels and lubricants prices,” Trend, 14 November, 2010, http://en.trend.az/capital/energy/1782016.html

16. “YPF Cease Sales of Regular Petrol,” The Argentina Independent, 26 April, 2011, http://www.argentinaindependent.com/currentaffairs/newsfromargentina/ypf-cease-sales-of-regular-petrol-/

17. “Fuel prices in Oman,” Our World Travels, http://www.ourworldtravels.com/oman/fuel-prices

18. “Fuel prices,” Egyptian German Joint Committee on Renewable Energy & Energy Efficiency, Oktober, 2008, http://www.jcee-eg.net/reee.asp?sublinkID=29

19. National Retail Petrol Prices, Australia Institute of Petroleum, 1 Mei, 2011, http://www.aip.com.au/pricing/retail/ulp/index.htm

20. “Precio Promedio Mensual Gasolina Corriente (Bta),” Unidad de Planeacion Minero Energetica, 14 Mac, 2011, http://www.upme.gov.co/GeneradorConsultas/Consulta_Indicador.aspx?idModulo=3&Ind=8

21. “Recent developments in energy subsidies,” IEA World Energy Outlook 2010http://www.worldenergyoutlook.org/Files/ann_plans_phaseout.pdf

22. “Fossil-fuel consumption subsidy rates as a proportion of the full cost of supply, 2009,” IEA World Energy Outlook 2010, http://www.iea.org/subsidy/index.html

23. “Crude measures: Not everybody is paying higher prices for oil,” The Economist, 29 Mei, 2008, http://www.economist.com/node/11453151

24. The G20 Seoul Summit Leaders’ Declaration,” G20 Seoul Summit 2010, http://media.seoulsummit.kr/contents/dlobo/E1._Seoul_Summit_Leaders_Declaration.pdf

25. “Problems Follow When Officials Set Fuel Prices,” IMF Survey Magazine, 15 Januari, 2007, http://www.imf.org/external/pubs/ft/survey/so/2007/RES0430A.htm

26. “Fuel subsidies drag on emerging economies,” Financial Times, 18 April, 2011, http://www.ft.com/cms/s/0/81a781a0-69d7-11e0-89db-00144feab49a.html#axzz1LGri4piJ

27. “China’s fuel subsidy costs the world,” Reuters, 4 Jun, 2008, http://www.reuters.com/article/2008/06/04/us-markets-column-fuel-idUSBNG12910820080604

28. “China car sales top U.S.,” Reuters, 11 Januari, 2010, http://www.reuters.com/article/2010/01/11/us-autos-idUSTRE60A1BQ20100111

29. “World oil price falls as China cuts fuel subsidies,” The Sydney Morning Herald, 21 Jun, 2008, http://www.smh.com.au/news/national/world-oil-price-falls-as-china-cuts-fuel-subsidies/2008/06/20/1213770924137.html